Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Perarakan_Keranda_Mac_2009

Pada peringkat awal Gabungan Persatuan Penulis Nasional(GAPENA) telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan kerajaan merayu supaya Dasar Pembelajaran & Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini dimansuhkan. Namun, tindakan lembut ini tidak langsung menghiraukan kerajaan. Berikutan tindakan kurang agresif ini akhirnya menyebabkan muncul satu gerakan baru - Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) di mana pejuang-pejuang bahasa dihimpunkan pada saat-saat akhir. Pada peringkat awal GMP yang dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad dan SN Dato' A. Samad Said ia dipersenda sebagai orang sastera, bukan orang sains. Mulanya bilangan peserta dan matlamat perarakan ini juga dianggap tidak merisaukan kerajaan. Namun, GMP telah berjaya dikembangkan oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kesatuan Sekerja DBP sehingga mendapat sokongan ratusan gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain termasuk tokoh-tokoh melayu dalam bidang Sains & Matematik. Antara tokoh akademik yang terlibat termasuklah Prof Shahrir Md Zain, Prof Emeritus Abdullah Hassan, Prof Emeritus Dato' Nik Safiah Karim dan Prof Dr Abu Bakar Hamid. Hishammudin Tun Hussein menempelak tokoh-tokoh bahasa ini kerana gagal bersuara ketika PPSMI hendak dilaksanakan.[5]

A. Samad Said mula menggunakan pentas politik PAS untuk memberi ceramah penerangan. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ditubuhkan di hadapan Pasar raya Sogo iaitu ketika prapelancaran diadakan pada bulan Januari 2009. Sedapat mungkin parti politik tidak dilibatkan kerana perarakan ini dianggap suci dan ikhlas agar kerajaan boleh diajak bersemuka dan patah balik ke 2003.

Antara lain GMP mengemukan tuntutan berikut:

  • Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Menyelamatkan bahasa ibunda
  • Meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah
  • Memansuhkan PPSMI[6]

Rujukan

WikiPedia: Perarakan_Keranda_Mac_2009 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/99785 http://universitipts.com/index.php/site/comments/b... http://universitipts.com/index.php/site/comments/p... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c... http://www.kesturi.net/archives/715